Counting days

Daisypath Vacation tickers

Monday, May 16, 2011

Penyakit hati.



Aku pasti semua orang pernah merasa begini.

Lalu aku tanyakan pada seorang sahabat.

''Apa hukumnya bila kita malas nak menderma pada orang yang sama?''

''Tidak berdosa. tetapi, itulah penyakit hati.''

Contohnya la, untuk situasi aku di negara India ni. Hampir tiap2 hari, aku didatangi peminta sedekah. Kebanyakannya orang yang sama. ye lah, aku lalu tempat sama, orang sama lah. 

Contoh utk korg yang di Malaysia, mungkin tiap2 kali korang ke pasar malam/ pasar tani, orang yang SAMA jugak lah yang duduk di atas jalan, berlapikkan kotak, meminta sedekah.

Pernah tak korang terfikir mcm ni, ''hmmm... orang sama lagi...tiap2 minggu pasar malam dia ada. takkan nak bagi tiap2 minggu. kan dah bagi byk kali''

okay...kalau korang rasa mcm tu, tahu kenapa? jawapannya, 

'' PENYAKIT HATI. Apa bezanya kita dengan orang KAYA yang bersedekah setahun sekali ? sedangkan kita dan dia, dua2 mampu untuk bersedekah ''

tersedak aku.

katanya, bersedekah itu antara cara yang paling mudah untuk kita berpahala. berapa ukuran pahalanya? usah difikirkan.

'' Biar tangan kanan bersedekah, tanpa tangan kiri mengetahui ''

Bila kita TER-jumpa, atau TERnampak orang yang meminta sedekah, anggap la itu peluang yang ALLAH nak bagi kepada kita untuk bersedekah! :) Maknanya, Allah ingat kat kita. jadi, bila kita bersedekah, ingat lah kat Allah. tak perlu bagitahu org lain yang kita baru je bagi 10 sen kat orang tu.

10 SEN JE???

sekalipun 10sen, itu tetap bersedekah. Tak perlu cari RM10, ataupun RM50 utk bersedekah. mcm mana Allah pandang nilai sedekah kita?? wallahua'lam. DIA lebih Mengetahui.

The best of Sadakah, is when you give what ever that comes to your mind. without taking minutes to think what, which, or how much to give.

Sebab bila kita mula mengira duit dalam purse, mula lah tangan kiri dan kanan pegang duit itu ini. sudahnya fikir seratus kali, nak bagi berapa.

Nabi Muhammad s.a.w dan Aisyah r.a pernah didatangi pemuda miskin. Meminta sedekah. Lalu Aisyah bertanya, '' Ya Muhammad, apa yang kita harus berikan? kita hanya ada sebiji kurma di dapur ''

Lantas Rasulullah menjawab,'' berikan sahaja sebiji kurma itu.'' 

MasyaAllah, kalau kita lapar teramat sgt, Gastric, ada sekeping je biskut Mary. Tiba2 ada orang datang meminta. Adakah kita akan bagi? mungkin ada yang akan bagi. mungkin juga ada yang berfikir 100 kali.

Sedekah yang dituntut ialah apabila kita memberi sehingga orang yang diberi, mampu untuk berdikari. dan lebih baik, apabila yang diberi, mampu untuk memberi pada yang lain pula.
Jadi, apa salahnya kita memberi pada orang yang sama..=) Mana tahu, kita asyik bagi kat orang yang sama je, lepas tu orang tu pulak ade duit lebih untuk bantu orang lain. bestnya!

JOM BERSEDEKAH!!

3 comments:

nur athira said...

indahnya lagi Islam ini apabila sedekah itu boleh jadi sgt simple kan? senyuman yg ikhlas itu sedekah, berkata perkataan yang baik pd sahabat adalah sedekah, membuang sesuatu yang menghalang jalan pun sedekah...subhanallah...

*LAdy.taShA* said...

btul btul btul!=)

Wan Mohd Rashid said...

Very nice post! Like it!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...