Counting days

Daisypath Vacation tickers

Sunday, October 30, 2011

Untukmu, Amira.

Di kelewatan malam yang sunyi, tatkala ramai yang lain melelapkan mata. Aku, dibelenggu rasa bersalah dalam diri. Allah, berdosakah aku, mengabaikan ukhwah itu.

Untukmu, sahabatku, Amira. Aku menerima berita kepulanganmu ke Malaysia esok hari. Hati ini berat sekali. Gundah. Bersalah kerana tidak menjengukmu setelah sekian lama. Ingin sekali aku menjadi tempat untukmu berkongsi 'cebisan' hati, yang masih cekal hingga ke hari ini.

Untukmu Amira, ku panjatkan doa, agar kekuatan itu terus menjadi sumbu Iman-mu. Agar kekuatan itu, sentiasa dipelihara Allah. supaya kecintaan pada Tuhanmu makin erat.

Untukmu Amira, tatkala engkau lelah, ingatlah, bahawa segalanya dari Tuhanmu.

''dan Dia tidak akan sesekali membebanimu, melainkan dengan kesanggupanmu.''


''Maka  yang manakah nikmat Tuhanmu, yang engkau dustakan?''

Sahabatku Amira, kasihnya aku pada mu, hanya kerana Tuhan yang Satu. InsyaAllah, dengan kesihatan dariNya, kita ketemu.

Teruskan langkahmu. Kejarlah cita semampu-mu.

Moga engkau sentiasa di bawah RahmatNya

Moga berjumpa lagi, Amira..
.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...