Ingin aku berkongsi, sedikit kisah ku disini, Bumi India.
Dah 2 minggu ramadhan berlalu..pantas bukan?
Alhamdulillah, aku masih kuat untuk bertarawikh..mencari bekalan..:)
Berbuka puasa di sini boleh dikatakan sgt awal..6.35 petang..Di sini, aku dan kawan2 bergilir-gilir memasak untuk berbuka..So far so good...kami masih berlaukkan masakan Malaysia ya..duduk di India, tak bermakna harus berbuka makanan India..huhu
Alhamdulillah, sumber makanan di sini tak pernah lekang..ade sahaja rezeki yg datang..mcm biasa, bila berbuka, makan kurma..then makan nasik..then......borak2..haha..ade saja benda yang nk diborakkan setiap kali makan berbuka.
hmmm...bila dah selesai makan, baru nk solat..tak senonoh kan? org patutnya solat dulu, baru makan..haha...kemudian kami akan ke surau, untuk bertarawikh beramai-ramai..Alhamdulillah, kami di sini ramai...jadi, masih mampu untuk merasa suasana ala2 di Malaysia..
Kami yang perempuan, biasanya akan berjalan ke surau dengan bertelekung terus..(maksudnya,bukannya sampai surau baru tukar telekung..)
ape menarik nya dengan masyarakat bukan muslim di kawasan kami ni ialah mereka tidak langsung merasa asing dengan pemakaian yang sedemikian...maklumlah, perempuan muslim di India, hanya bersolat di rumah..yang bersolat di masjid, hanya kaum lelaki...sepatutnya, enjadi perkara pelik untuk mereka melihat perempuan Muslim Malaysia berjalan kaki ke surau..dah la malam2..
Mereka langsung tidak mencerca kami yang memakai tudung selabuh lutut( warna putih pulak tuh) berjalan kaki ke surau..Alhamdulillah..Islam itu bukan perkara yang asing di sini..mereka pun faham dengan cara orang muslim Malaysia..
Kalau di Malaysia, jalan malam2 pakai telekung, mesti dipandang semacam oleh yang bukan Muslim.even yang Muslim pun, boleh terperanjat tengok orang bertelekung malam2.sebabnya, masyarakat Malaysia terlalu fanatik dengan kisah2 ghaib aka Hantu...atau mungkin Islam itu sendiri kian ASING di Malaysia.
Semoga Islam itu lunak di mata dunia..:)