Counting days

Daisypath Vacation tickers

Tuesday, March 22, 2011

Kahwin dan persediaannya

Cuti ni ada 6 pasangan senior aku nk berkahwin..ye lah..masing2 dah 4th year.tahun dpan blk malaysia.
Peluang untuk mendapat attachment di tempat yang sama lebih tinggi untuk pasangan yang dah berkahwin.
Alhamdulillah. Seronok bila menerima undangan dan khabar dari mereka.

''Tak jeles ke?''

mestila jeles. haha. sape tak nak kahwin. itu kan kesukaan Allah. kita pun suka.

bila ramai yang dok kawen ni, mula la banyak mulut2 yang menanya tentang aku. Ko bila nak kawen?
Jawapan aku sama je, belum lagi. kalau ikutkan hati, memang nak kawen sekarang jugakkk. tapi tapi, persediaan kena la ade.

Nak sedia ape lagi? Nanti kawen ko akan tersedia sendiri punya. LOL

ko ingat kawen ni mcm kupas kacang ke. Jom kawen.-Jom.-Yey, da kawen!


banyak cantik. kawen kena ade simpanan sikit. untuk hari kawen dan selepas kawen. tak perlu grand2. lain la ko kawen dengan anak orang kayo. sederhana itu lebih baik. yang penting life after that. Bahagia ke tidak. kalau grand pum pam pum pam, last2 tak bahagia, kan tak best.

kalau duit yang ade dah perabis belanja kat urusan kawen, lepas kawen makan ape? pasir? haha. pasir lauk batu. why not! lol. merepek dah.

ape yang aku cube kate, aku nak kawen. kalau semua dah cukup. kalau Allah izinkan.

Jangan risau, kitorang tengah usaha menyimpan ape yang patut. Insyaallah, kalau ade rezeki, kitorang kawen. Banyak benda yang kami plan. simpan itu ini. untuk kebaikan dua2 jgak kan. :) Doakan la kami. Mungkin faktor keluarga harus dipertimbangkan. ye lah. Kami kan belajar lagi. Jangan risau, keluarga tahu tentang kami. tak de la bersorok-sorok. Cuma waktu dan keizinan je.;)

Jadi, doakan la kami ye. Semoga Allah permudahkan semuanya. Ameen.





5 comments:

-rye- said...

tasha, kawen kalau tak jemput aku siap la. aku doakan dipercepatkan dan dipermudahkan segalanya. :)

Personal Wellness Coach. said...

salam,

saya baru terjumpa blog awak semalam and saya sangat suka dengan semua entry awak dekat blog ney. bahasa awak pon nice. tak jemu baca.
plus banyak ilmu dan pandangan yang awak kongsikan.
anyway, kalau ade jodoh tak kemana.
INSYAALLAH~

=)

Dr Zaira said...

semoga Allah permudahkan u tasha.... :)

*LAdy.taShA* said...

rye, no worries. ko wajib datang.haha

annis, thanks!=)

thanks zai..;)

Khairina Ridzuan said...

tasha! jom kawen! haha... ya.. let's ask from Allah to give the best for us. Allah tau bila tym terbaik untuk kita kawen kan.. aku doakan kau dan dia dipermudahkan segalanya..ameen..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...